CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Followers

Wednesday, December 5, 2012

Dosa 24 jam di facebook


Assalamualaikum..saje2 nak share..marilah kita sama-sama muhasabah balik diri kita..Facebook merupakan sebuah laman sosial yang paling menonjol setakat ini. Namun sedarkah anda di sebalik penggunaan facebook, terdapat dosa yang berlegar-legar tanpa kira masa dan tempat, yakni  DOSA 24 JAM?!!




Semoga video yang tak seberapa ini mendapat manfaat bersama. Sangat berharap penggunaan facebook kita pada masa hadapan akan menjadi lebih bersih dari dosa berbanding sekarang. facebook tidak bersalah... ianya hanyalah satu medium. halal haramnya bergantung kepada diri sendiri..

dikongsi dari : http://salafus-sholih.blogspot.com/

Wallahu'alam..(^^,)

Friday, November 9, 2012

Dakwah Itu Seni, Da'ie Itu Penyeri

Sebagai manusia yang mempunyai kelemahan dan kekurangan, adakalanya pada satu saat kita merasai diri tidak diperlukan. Walhal sebagai manusia yang beragama islam, dipenuhi dengan iman, seharusnya tidak boleh merasai demikian kerana berputus asa di dalam diri adalah sifat syaitan.


Sifat berputus asa wajar dijauhkan terutama ke atas dai'e atau pendakwah itu sendiri agar amanah menarik minat manusia ke jalan tuhan sentiasa teguh.

Hari ini, sebahagian pendakwah merasakan diri mereka disisihkan. Mengajak manusia ke jalan tuhan sudah tiada sambutan. Tetapi sebenarnya untuk menyeru manusia melakukan "amal makruf, nahi mungkar" bukanlah dengan melihat sambutan yang menggalakkan. Tetapi perlu dilihat sifat yang berterusan juga istiqamah di dalam perjuangan.

Ingatlah, buka natijah yang Allah tanyakan, tetapi Allah akan tanya adakah kita laksanakan atau tinggalkan. Justeru, sebagai seorang dai'ie perlulah mengatur beberapa strategi dalam dakwah kerana dakwah itu sendiri penuh dengan cabaran yang tersedia.

Bukankah matlamat dakwah itu mengajak dan menyeru manusia agar mengesakan Allah SWT dan mengakui bahawa Nabi Muhammad itu pesuruh Allah?  Maka, sudah pastilah ada yang menentang, buat tidak endah dan tidak kurang juga ada yang cuba mensabotaj.

Mengambil Ibrah Dari Sirah Nabi

Sebagai umat nabi Muhammad SAW, kita perlu mencontohi bagaimana dakwah yang dianjurkan oleh Nabi Muhammad SAW. Baginda berdakwah dari Mekah hingga ke Madinah membentuk manusia, untuk menjadi insan yang bertaqwa disisi Allah SWT. Bertahun-tahun lamanya Nabi Muhammad berdakwah barulah manusia pulih sepenuhnya. Membentuk umat islam yang kuat dan utuh, disamping pengabdian kepada Allah SWT.

Dakwah yang dimulakan pula bukan mengambil masa sehari atau dua hari. Bermulanya dakwah secara sembunyi, kemudian secara terangan. Tetapi pada ketika itu umat islam hebat ditentang. Akhirnya baru umat islam memperoleh kemenangan. Begitu juga pendakwah sekalian, masa untuk membentuk manusia bukannya singkat, ianya lama dan perlu mempunyai proses yang bertingkat-tingkat.

Bagaimana strategi dakwah baginda yang mula secara sembunyi, tetapi akhirnya di terangkan untuk menegakkan syiar islam. Jadi berperingkat-peringkat dalam berdakwah perlu ada, jangan tergopoh gapah dalam usaha memperbaiki manusia dan diri sendiri juga.

Kerana mengambil ibrah dari sirah nabi sendiri yang berdakwah bertahun-tahun. Menunjukkan kesabaran di dalam dakwah itu perlu tinggi, untuk pendaie' tempuhi. Selain itu, menyusun strategi dengan mantap, memberi implikasi dalam diri untuk mengenal pasti sasaran sebenar pendakwah perlu tujui.

Dakwah Itu Seni

Seni adalah satu bentuk subjektif, sebagaimana juga dakwah. Dengan dakwah perlukah menyangka bahawa, hanya berceramah sahaja? Sememangnya tidak! Sesungguhnya, dakwah itu terlalu banyak cabangnya. Justeru, bukan hanya bercakap sahaja, dakwah juga boleh digunakan dengan pelbagai cara.

Misalnya, berdakwah dengan nyanyian, penulisan, perfileman, ataupun dengan akhlak yang baik, dan lain-lain lagi. Yang penting semuanya menjurus kita supaya kembali kepada islam. Segala apa kebaikkan yang dilakukan semuanya dikirakan dakwah, yang penting dasarnya kembali kepada islam.

Signifikannya, usahlah kita melihat dakwah itu hanya dengan skop yang kecil. Teliti dan perhalusi, dalam usaha membentuk manusia bukannya dengan berbicara sahaja, hatta dengan akhlak juga boleh mendorong orang lain tertarik dengan islam.

Islam itu hakikatnya indah, di make up lagi dengan dakwah yang kreatif dan menarik akan menampakkan lagi betapa keindahan islam itu benar-benar indah dan suci.


Da'ie Itu 'Penyeri'

Walaupun sinonim dan kebiasaannya yang berdakwah itu di anggap ustaz/ustazah atau imam, namun hakikatnya kita semuanya adalah dai'e. Islam agama yang mengajak manusia bertuhankan satu iaitu menyeru umat manusia akan mengesakan Allah SWT dan menyakini hanyasanya Nabi Muhammad itu pesuruh Allah di bawah panji "La Ilaha Illah Muhammadar Rasulullah". Oleh itu, seorang pendakwah perlulah membawa imej islam dengan sebaiknya bagi menjaga kebenaran dan keindahan islam.

Tanpa da'ie dakwah itu tidak beerti. Justeru, dai'e itu umpama 'penyeri' di dalam dakwah itu sendiri. Untuk menyantuni manusia mengajak ke jalan kebenaran. Bersikap kreatif dalam menyerikan dapat menyumbangkan idea pembentukkan sahsiah di dalam diri manusia.

Selain itu, pendakwah yang menjadi pernyeri perlu memecah tradisi, dengan melemparkan segala kejumudan yang ada, melihat dengan penuh kondisi dan sisi. Bagi mencari ruang yang ada untuk memenuhi hati manusia mengajak kembali kepada tuhan yang Maha Esa.

Jangan hanya kejumudan yang ada sehingga tidak melihat uslub (cara) dakwah yang betul, dan waqi' (sesuai pada sesuatu keadaan, tempat dan masa) menyebabkan manusia yang mahu berjinak-jinak kembali dengan islam, ataupun yang mahu mencari kebenaran islam  memandangan serong pada sesetengah pendakwah yang syadid pada tempat yang tidak sepatutnya.

Hal ini kerana adanya kepelbagaian mad'u iaitu orang yang di dakwah, mempunyai fikrah dan latar belakang yang berbeza-beza.  Justeru, sudah tentulah pelbagai respon dan reaksi yang akan diterima oleh seorang da'ie. Telah berkata Al Marhum Hasan Al-Hudhaibi, mursyid kedua Ikhwan Muslimin, "kita adalah pendakwah bukan penghukum!"

Maka marilah kita koreksi kembali, pendakwah yang berstyle itu juga perlu ada bagi menyerikan lagi dakwah yang sediakala. Kreativiti dalam berdakwah dapat menarik minat manusia untuk kembali kepada jalan kebenaran dan menerima keindahan islam itu tanpa sedikitpun ada rasa terpaksa.


Siapa Pendakwah?

Namun sebagai umat manusia, adakalanya merasakan diri tidak layak dan belum cukup sempurna di dalam melaksanakan dakwah. Kita akan melaksanakan dakwah itu hanya apabila diri kita cukup dengan ilmu agama. Justeru, dalam kehidupan itu kita hanya membiarkan dakwah dilakukan oleh mereka yang bergelar imam, ustaz atau ustazah.

Mungkin kita terlupa dengan ayat yang berbunyi;

"Sesiapa yang mengucap tiada tuhan melainkan Allah, dan Nabi Muhammad itu persuruh Allah, dan dia adalah dai'e"

Daripada ayat ini, jelas menunjukkan setiap muslim itu adalah pendakwah, yang menyeru manusia kepada mentauhidkan Allah, menyakini Muhammad Kekasih Allah, yang mengajak manusia mengerjakan kebaikan dan menyeru meninggalkan larangan Allah SWT.

Lantaran itu, untuk berdakwah usah tunggu sempurna. Teruskan usaha, mencari ilmu dan tingkatkan iman kepada Allah SWT. Sentiasalah merasai diri ini penuh dengan noda dosa dan merasa kurang di hadapan Allah SWT. Sesungguhnya dengan hadirnya rasa kerendahan diri kepada Allah SWT akan mendorong kita untuk lebih berusaha untu memperbaiki diri seterusnya berlumba-lumba di dalam melakukan amal kebaikan.

- Artikel iluvislam.com



Biodata Penulis
Ashraf bin Ahmad Hadi merupakan Mahasiswa Tahun Dua di Universiti Al Al-Bayt, Jordan dalam jurusan Bahasa Arab. Melibatkan diri secara langsung mahupun tidak langsung dengan aktiviti masyarakat seperti menjadi fasilitator, penceramah jemputan untuk kem motivasi. Pernah berkhidmat dengan syarikat Darul Ukhwah Motivator yang bergiat aktif di utara semenanjung selepas peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia. Beliau berkongsi karya di http://www.ashrafhadi.com

Friday, September 7, 2012

Lirik lagu Albi Nadak-Fares


Albi Nadak

Leek, ana milk leek
ta'ala arrab dommeni, makhtag
eleek, o rokhi feek
ya hob 'omr ana 'omri kollo hakhyesho leek

hawak howa el khaya,
wenta elly ana, ba'ashek hawa
kan albi monaah
agmal malak, yekoon ma'ah

yah albi nadak wetmannak teb enta wayaya
yah ba'd esneen shok wa khaneen alak eek hena ma'aya
yah dommeni leek, danta habibi hayaty leek
we ha'eesh 'omri 'ashan 'ineek
wa 'omri fadak

yah albi nadak wetmannak teb enta wayaya
yah ba'd esneen shok wa haneen alak eek hena ma'aya
yah dommeni leek, danta habibi hayaty leek
we ha'eesh 'omri 'ashana 'ineek
wa 'omri fadak

Eh, akhtag le eh
law konti ganby ma'aya daiman kolly eh
ya dana min zaman
makhtag le alb yehess beya o ahess beek

hawak howa el haya,
wenta elly ana, ba'ashek hawa
kan albi mona
agmal malak, yekoon ma'a

yah albi nadak wetmannak teb enta wayaya
yah bad esneen shok wa haneen alak eek hena ma'aya
yah dommeni leek, danta habibi hayaty leek
we ha'eesh 'omri 'ashan 'ineek
wa 'omri fadak

yah albi nadak wetmanak teb enta wayaya
yah ba'd esneen, ba'd elsneen alak eek hena ma'aya
yah dommeni leek, danta habibi hayaty leek
we ha'eesh 'omri 'ashan 'ineek
wa 'omri fadak

Translated into Bahasa Melayu

Albi Nadak by Fares

Hanya padamu...
Diri ini hanya milikmu
Datanglah dekat
Air mataku mengalir
Mengharapkan mu

Hanya padamu...
Dan jiwaku padamu
Wahai kasihku usia kita,usiaku
Seluruh hidupku untukmu

Cintamu adalah hayatku
Dirimu buat kita bercinta sebenar2 cinta
Hatiku disini, keindahanmu millikku
Jadi bersatu

Hatiku memanggil
Harapkan engkau sentiasa kekal
Hanya dirimu
Selepas bertahun lihatlah sayang
Kita berjumpa di sini dan bersama
Airmataku mengalir keranamu
Engkaulah kekasih, hidupku hanya untukmu
Seluruh hidupku, usiaku..
Kerna matamu, aku serahkan segalanya

Apa yang daku harapkan
Indahnya kau disisi bersamaku selamanya
Katakanlah kepadaku..
Diri ini..sekian lama mengharapkan
Hati ini, perasaan ini
Bersama hati dan perasaanmu

Sunday, July 8, 2012

Di Mana Sifat Malumu??


Ramai wanita telah berjaya untuk memakai tudung tapi tidak berjaya memakai stokin dan baju yang dipakai berlengan pendek.
>> SELAMATKAN MALUMU..<<

Malu itu indah..
Malu itu fitrah..
Janganlah menjadi INSAN yang langsung TIDAK MEMILIKI rasa malu..
Bergaul sebebas-bebasnya..
Sesama lelaki dan perempuan..Itu bukanlah akhlak seorang muslim..Berpada-padalah, jagalah IMAN sesama insan..Jika malu, maka HENTIKANLAH tindakan yang tidak malu.. Dari Abu Mas’ud Uqbah bin Amr al-Anshari al-Badri ra. dia berkata, Rasulullah saw bersabda :"Sesungguhnya sebuah ungkapan yang telah dikenal banyak orang dari ucapan nabi-nabi terdahulu adalah: ‘Jika engkau TIDAK MALU, berbuatlah semahumu.” (HR. Bukhari) 

>>> Para wanita Muslimah kini mungkin TIDAK MENYEDARI bahawa syaitan akan sentiasa menghiasi diri mereka dan memujuk mereka agar MENINGGALKAN sifat malu..apabila sifat ini tertanggal, maka HILANGLAH segala sifat fitrah wanita yang sepatutnya ada..♥♥♥>>> Di kala para wanita Palestin melaung-laungkan suara mereka dengan keras menantikan JANJI Allah kepada mereka, wanita Muslimah kita pula TANPA RASA MALU mendedahkan aurat, BANGGA dengan KECANTIKAN yang diperlihat ramai..berlembut-lembutan apabila BERBICARA dengan lelaki, apalah yang TERSISA untuk membawa diri di hadapan Allah nanti..♥♥♥

Hukum Wanita Letak Gambar Di Facebook