CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Followers

Saturday, June 30, 2012

Istikharah & Istisyarah

''Kalau suka tapi masih belum tiba masa yang sesuai (still study ke, kewangan belum cukup ke, ilmu agama belum mantap ke) diam diam je, cerita dengan Allah je. Suatu masa nanti, akan tiba jua. jangan gopoh. Sekian''

Penjelasan yang cukup baik berkenaan topik ''Istikharah, Dan Istisyarah.'' dari Hilal Asyraf .Terasa kebenaran dari tulisan beliau..

Istikharah. Popular di alam para muslim dan muslimah kala bercinta. Yang menggeletek jiwa saya pula adalah, istikharah ini hanya sibuk diperkatakan untuk perkahwinan sahaja.
Sedangkan, istikharah ini sebenarnya bukanlah satu perkara yang khusus untuk mereka yang mahu berkahwin semata-mata. Bukan ‘alat pencari jodoh’. Bukan juga alat ‘penentu’ mana yang patut menjadi pasangan kita. Tetapi istikharah ini adalah apa yang dididik oleh Rasulullah SAW kepada kita, dalam hendak membuat apa-apa sahaja keputusan.
Namun, apabila ‘sesetengah pihak’ mula menganggap ianya ‘alat pencari jodoh sebenar’ yang kononnya ‘tepat 100%’, maka mulalah istikharah menjadi satu punca kekeliruan hati. Bukan lagi yang membantu menenangkan jiwa dan men’thabat’kan kalbu kita.
Mengapa saya nyatakan demikian?
Di lembaran ini saya berkongsi.
Istikharah, Bila Menjadi Satu Fitnah.
Fitnah. Bukanlah ‘cakap benda tidak betul fasal fulan bin fulan atau fulanah binti fulan’. Bukan. Tetapi interprestasi fitnah yang sebenar adalah ujian yang menduga kepercayaan.
Di dalam situasi pergerakan ke arah rumahtangga ini, istikharah juga boleh menjadi satu fitnah.
Bagaimana?
Saya berikan beberapa situasi yang popular.
1 – Fulan bin Fulan telah bertunang dengan fulanah binti fulan, kemudian fulan bin fulan ini pergi beristikharah lagi selepas telah bertunang, tiba-tiba dia ‘nampak’ perempuan lain dalam mimpinya. Terus dikatakan itu adalah ‘petunjuk istikharah’ dan kemudiannya dia hendak memutuskan pertunangannya dengan fulanah binti fulan, kerana dirasakan bahawa Allah telah tunjukkan bahawa pertunangannya itu satu kesilapan.
2 – Fulan bin Fulan sedang mencari seseorang untuk dijadikan isteri. Akhirnya, dia beristikharah. Dia nampak Fulanah binti Fulan. Terus dia menyatakan hasratnya kepada Fulanah binti Fulan itu. Tetapi Fulanah binti Fulan menolak, namun Fulan bin Fulan ini berkeras dan mengugut bahawa Allah memang sudah takdirkan mereka bersama, berdalilkan istikharahnya. Membuatkan Fulanah binti Fulan serba salah untuk menolak ‘wahyu Ilahi’ ini.
3 – Fulanah binti Fulan, beristikharah, dan ‘nampak’ Fulan bin Fulan. Tetapi Fulan bin Fulan tidak pula dikenalinya. Tidaklah pula mampu dicapainya. Pada masa yang sama, datang pula Fulan bin Fulan yang lain, melamarnya. Fulanah binti Fulan ini ‘hold’ dahulu untuk menerima Fulan bin Fulan yang kedua, semata-mata kerana merasakan jodohnya dengan Fulan bin Fulan yang ‘dilihatnya’. Walaupun dia sedar, dia tak mampu mencapai, mendekati, mendapatkan Fulan bin Fulan yang dilihat dalam istikharahnya itu.
Ya. Ini beberapa situasi. Serabut bukan? Hati jadi keliru, jiwa jadi serabut, kalbu rasa kontang.
Bukankah sepatutnya istikharah itu meyakinkan?
Jadi, mengapa boleh begini?

Istikharah, Dan Istisyarah.
Istisyarah. Satu perkara yang manusia sering lupa. Istisyarah adalah seperti kita meminta pendapat orang lain(Ibu Bapa contohnya), mengumpul maklumat dan pandangan terhadap situasi yang sedang kita berhadapan dengannya. Dalam konteks kita sekarang, situasi hendak memilih pasangan.
Ramai meninggalkan perkara ini.
Ini adalah antara sebab mengapa Istikharah menjadi satu perkara yang kemudiannya menyerabutkan jiwa. Kerana akhirnya kita menganggap Istikharah itu MEMANG ‘alat pencari jodoh’. Kemudian, dari celah mana, kita yakin bahawa istikharah itu akan datang dalam bentu mimpi dan tanda-tanda ajaib(nampak wajah seseorang di langit, contohnya).
Di celah-celah kepercayaan seperti inilah, syaitan menyusup dan menyuntik ‘was-was’ serta keraguan dan kekeliruan.
Kerana itu, mimpi hakikatnya tidak akan boleh menjadi dalil. Petanda-petanda ‘ajaib’ itu, bukannya dalil. Dan bukanlah sesuatu yang mesti, pada orang beristikharah, jawapannya adalah mimpi dan petanda-petanda itu.
Kadangkala, kita yang sibuk memikirkan ini dan itu, maka ia keluar dalam bentuk mimpi. Maka, apa pun yang kita nampak, kita ‘lihat’ apa yang kita nak. Di situ, kita keliru, dan kemudian sibuk menyatakan ‘Inilah dia petunjuk Tuhan’!
Kita lupa untuk bermesyuarat dahulu dengan keluarga. Sepatutnya, kita bentangkan pilihan-pilihan yang ada, dan bincangkan pro dan kontranya setiap pilihan. Di situlah kita menilai dan mengimbang. Kalau dengan itu telah kita dapat nampak yang mana pilihan yang terbaik, maka istikharah tidak diperlukan. Jika kita rasa tidak yakin, barulah istikharah. Bila istikharah yang pertama tidak mendatangkan keyakinan, buatlah istikharah yang kedua dan ketiga. Kemudian tetapkanlah hati, dan buatlah pilihan!
Rasulullah SAW juga, ada beberapa situasi penting, baginda tidak melakukan istikharah. Kerana baginda telah yakin, pilihan itu adalah pilihan yang tepat.
Contohnya dalam peperangan Badar, Rasulullah SAW hendak memilih satu kawasan yang jauh dari mata air. Para sahabat pula mencadangkan agar dipilih tempat yang dekat dengan mata air. Rasulullah SAW selepas mendengar penerangan betapa pentingnya membuat kem dekat dengan mata air, terus menerima cadangan sahabat itu, tanpa diriwayatkan melakukan istikharah. Kerana, cadangan itu memang relevan dan jauh lebih baik dari cadangan baginda yang pertama tadi.
Ketika peperangan Khandaq pula, apabila Salman Al-Farisi mencadangkan untuk menggali parit, Rasulullah SAW menerimanya tanpa beristikharah. Kerana cadangan itu memang dalam pertimbangan, adalah yang terbaik.
Hadith berkenaan Istikharah pun, tidak menunjukkan kewajipan dalam melakukannya:
Daripada Jabir bin Abdullah RA berkata : “Adapun Rasulullah s.a.w. mengajarkan kami Istikharah dalam melakukan sesuatu perkara sebagaimana baginda mengajarkan kami satu Surah daripada Al-Quran. Baginda Rasulullah s.a.w. bersabda : Apabila merancang salah seorang daripada kamu dalam sesuatu perkara, maka hendaklah dia melakukan solat sunat dua rakaat..” Hadith Riwayat Imam Bukhari.
Hadith ini umum. Bukannya disebutkan bahawa ‘wajib melakukan istikharah’. Ini terbukti, apabila Rasulullah SAW sendiri, dalam beberapa hal, tidak pula melakukan istikharah.
Kemudian, tidak pernah diriwayatkan apabila Rasulullah SAW telah membuat keputusan, baginda beristikharah lagi. Tidak pernah.
Justeru, sesiapa yang telah membuat keputusan, hingga telah bertunang contohnya, maka buat apa beristikharah lagi? Hiduplah dengan keputusan yang telah dilakukan itu. Berusahalah dengan apa yang telah berada di dalam tangan. Melainkan, ketika pertunangan itu, berlaku perselisihan, atau telah jelas kita dengan tunang kita tidak serasi, maka di situ bolehlah kita lakukan istikharah. Bukan istikharah untuk cari jodoh lain, tetapi istikharah untuk ‘apakah putus tunang ini baik untuk aku dan dia?’. Begitu!
Dan semestinya, istisyarah jangan ditinggalkan dalam situasi sedemikian. Berbincanglah dengan keluarga, minta pendapat orang-orang tua yang kita kenali, ustaz ustazah yang kita rapati.
Daripada Rasulullah SAW sendiri kita belajar. Bukan daripada orang lain.
Rasulullah SAW, manusia yang Allah paling kasih. Tidak pula baginda meninggalkan mesyuarat bersama manusia, mengambil pandangan mereka, mempertimbangkannya. Di sini Rasulullah SAW mendidik kita. Yang kita perlukan adalah apa yang Allah telah ajarkan kita. Di situ, kita membuat keputusan, berdasarkan selagi keputusan itu tidak bercanggah dengan perintahNya dan ajaranNya. Bukannya kita meletakkan bulat-bulat kepada mengangkat kepala ke langit, menanti ‘wahyu yang baru’!
 guru kami ada menyebut,"selalu org terlupa mendahulukan pembuka dan terus masuk kpd wasilah penyelesai (istikharah,istisyarah).pembuka yg dilupakan itu ialah solat sunat taubat yg disusulkan dgn solat sunat hajat.solat taubat utk membersih diri,diikuti solat hajat utk memperbetul & menguatkan niat,barulah masuk kpd pertimbangan & keputusan (istikharah,istisyarah)"
p/s: jangan terlalu tergesa-gesa dalam membuat keputusan.Moga kesilapan lalu menjadi pengajaran dan iktibar..

~perjalanan hidup ini masih terlalu jauh~

Friday, June 8, 2012

Kisah Sejarah Ainul Mardhiah...( Bidadari syurga)

Assalamualaikum..hm..ada satu kisah yg sgt m'buat diri ini t'tarik...Seperti mana yg kite tahu..Rmai sngt srikandi-srikandi yg benar telah kita ketahui..Tp..ada satu lg kisah yg mngkin jrang sngt org m'dengarinya..mngkin hnya dgr drpd lagu shaja..mlahan kisah sbenar tidak d'ketahui..Iaitu Ainul Mardhiah..


Bidadari merupakan salah satu anugerah Allah kepada seorang lelaki yang memasuki syurga. Bagi seorang wanita yang solehah maka bidadari bagi suaminya adalah dikalangan bidadari-bidadari kurniaan Allah dan dia (isteri solehah merupakan ketua kepada segala bidadari- bidadari).

Berjihad/berdakwah untuk agama Allah S.W.T merupakan satu amalan yang akan menjadi kesukaan Allah S.W.T dan ini merupakan sunnah besar nabi S.W.T dan kalangan sahabat-sahabat r.a. Setiap manusia yang mati walaupun berapa umurnya maka akan ditanya dimanakah masa mudanya dihabiskan.

Rasulullah S.W.T bersabda: “Tidak akan berganjak kaki anak Adam di Hari Kiamat hingga disoal tentang empat perkara: tentang usianya pada apa dihabiskannya, tentang masa mudanya apa yang telah diperjuangkannya, tentang hartanya dari mana datangnya dan ke mana telah dibelanjakannya dan tentang ilmunya apa yang telah dibuatnya.” (Hadith sahih riwayat Tirmizi)

Ainul Mardhiah (bidadari untuk orang yang berjihad/berdakwah untuk agama Allah S.W.T.)

"Seakan-akan bidadari itu permata yakut dan marjan."
QS. ar-Rahman (55) : 58

"Di dalam surga-surga itu ada bidadari-bidadari yang baik-baik lagi cantik-cantik."
QS. ar-Rahman (55) : 70

"(Bidadari-bidadari) yang jelita, putih bersih dipingit dalam rumah."
QS. ar-Rahman (55) : 72

"Mereka tidak pernah disentuh oleh manusia sebelum mereka (penghuni-penghuni surga yang menjadi suami mereka) dan tidak pula oleh jin."
QS. ar-Rahman (55) : 74

'Ainul Mardhiah merupakan seorang bidadari yang paling cantik dalam kalangan bidadari-bidadari yang lain (bermaksud mata yang di redhai). Suatu pagi (dalam bulan puasa) ketika nabi memberi targhib (berita-berita semangat di kalangan sahabat untuk berjihad/berdakwah untuk agama Allah) katanya siapa-siapa yang keluar di jalan Allah tiba-tiba ia syahid, maka dia akan dianugerahkan seorang bidadari yang paling cantik dalam kalangan bidadari-bidadari syurga.



Mendengar berita itu seorang sahabat yang usianya muda teringin sangat hendak tahu bagaimana cantiknya bidadari tersebut, tetapi di sebabkan sahabat ini malu hendak bertanyakan kepada nabi S.W.T, kerana malu kepada sahabat-sahabat yang lain. Namun dia tetap memberi nama sebagai salah sorang yang akan keluar di jalan Allah.



Sebelum Zohor sunnah nabi akan tidur sebentar (dipanggil khailulah, maka sahabat yang muda tadi juga turut bersama jemaah yang hendak berangkat tadi tidur bersama-sama sekejap.Tiba-tiba dalam tidur sahabat tersebut dia bermimpi berada di satu tempat yang sungguh indah, dia bertemu dengan seorang yang berpakaian yang bersih lagi cantik dan muka yang berseri2,lalu di tanya sahabat ini ,di manakah beliau berada,lalu ada suara yang menjawab,inilah syurga,tiba2 dia menyatakan hasrat untuk berjumpa dengan 'Ainul Mardhiah (bidadari yang Nabi S.W.T bagitahu tadi),lalu ditunjuknya di suatu arah maka berjalanlah sahabat ini, disuatu pepohon beliau mendapati ada seorang wanita yang tak pernah dia lihat kecantikan yang sebegitu,tak pernah dilihat didunia ini,lalu diberikan salam dan sahabat ini bertanya, andakah ini Ainul Mardhiah,wanita itu menjawab ehh tidak (lebih kurang macam tu la dalam bahasa kita),saya penjaganya,Ainul Mardhiah ada di dalam singgahsana di sana.

Lalu dia berjalan dan memasuki satu mahligai yang cukup indah dan mendapati ada seorang lagi wanita yang kecantikannya berganda-ganda daripada yang pertama tadi di lihatnya, sedang mengelap permata-mata perhiasan di dalam mahligai,lalu diberi salam dan di tanya lagi adakah ini Ainul Mardiah lalu wanita itu menjawab,eh tidak, saya hanya penjagaya di dalam mahligai ini,Ainul Mardiah ada di atas mahligai sana, lalu dinaikinya anak-anak tangga mahligai permata itu, kecantikkannya sungguh mengkagumkan,lalu sahabat ini sampai ke satu mahligai dan mendapati seorang wanita yang berganda-ganda cantik dari yang pertama dan berganda-ganda catiknya dari yang kedua yang beliau jumpa tadi,dan tidak pernah di lihat di dunia,lalu wanita itu berkata,akulah Ainul Mardhiah, aku diciptakan untuk kamu dan kamu diciptakan untuk aku,bila lelaki itu mendekatinya wanita itu menjawab,nanti kamu belum syahid lagi,tersentak daripada itu pemuda itu pun terjaga dari tidurnya lalu dia menceritakan segala-galanya kepada sahabat lain, namun begitu dia memesan agar jangan menceritakan cerita ini kepada Nabi S.W.T,tapi sekiranya dia syahid barulah di ceritakan kepada Nabi S.W.T.

Petang itu pemuda itu bersama-sama dengan jemaah yang terdapat Nabi S.W.T di dalamnya telah keluar berperang/berjihad lalu ditakdirkan pemuda tadi telah syahid. Petang tersebut ketika semua jemaah telah pulang ke masjid, di waktu hendak berbuka puasa maka mereka telah menunggu makanan untuk berbuka (tunggu makanan adalah satu sunnah nabi). Maka kawan sahabat yang syahid tadi telah bangun dan merapati nabi S.W.T dan menceritakan perihal mimpi pemuda yang syahid tadi.

Sahabat pemuda yang syahid tadi,dalam menceritakan kepada nabi S.W.T, Nabi S.W.T menjawab: "Benar, benar, benar sepanjang cerita tersebut". Akhirnya nabi S.W.T berkata memang benar cerita sahabat kamu tadi dan sekarang ini dia sedang menunggu untuk berbuka puasa di syurga.


Lirik by: UNIC (Ainul Mardhiah)
Dirimu pembakar semangat perwira
Rela berkorban demi agama
Kau jadi taruhan berjuta pemuda
Yang bakal dinobat sebagai syuhada
Itulah janji pencipta Yang Esa

Engkaulah bidadari dalam syurga
Bersemayam di mahligai bahgia
Anggun gayamu wahai seorang puteri
Indahnya wajah bermandi seri

Menjadi cermin tamsilan kendiri
Untuk melakar satu wacana
Buatmu bernama wanita

Ainul Mardhiah
Kau seharum kuntuman di Taman Syurga
Menanti hadirnya seorang lelaki
Untuk menjadi bukti cinta sejati
Ooh! Tuhan
Bisakah dicari di dunia ini
Seorang wanita bak bidadari
Menghulurkan cinta setulus kasih
Dihati lelaki bernama kekasih Ditulis oleh Anak Pendang Sekeluarga



Wallahua'lam..

Friday, April 6, 2012

Erti Syukur

Lafazkan kalimah syukur
Lafazkan kalimah itu
Alhamdulillah...


Segalanya yang ku kecapi
Adalah milikMu Ilahi -Tuhan Maha Pemurah-
Tak kan terbalas walaupun sebesar zarah


Kenikmatan yang bertandang
Terkadang tidak dihiraukan - Lepas dari pandangan -
Dan bila hilang barulah dikesalkan


Adakalanya aku hanyut
Adakalanya aku lupa
Adakala aku leka
Ampunilah...
Kerana ku manusia
Lemah dan tidak berdaya di sisiMu
Seringkali terlupa nikmatMu
Datang tiada jemu
Bila terhimpit mulalah
Mencari dan menyebut namaMu
Barulah merasai makna sebenar erti syukur
Syukur atas rahmatMu


Adakala ku hanyut
Adakala ku lupa
Adakala ku leka dan adakala ku alpa
Kerana ku manusia
Lemah dan tak berdaya
Seringkali terlupa nikmat yang Kau kurnia
Ku bersyukur ya Tuhan
Segala pemberian
Walau luas lautan
Bukanlah perbandingan
Ku tingkat keimanan
Ku gilap ketaqwaan
Sebagai perlambangan
Terima kasih ku Tuhan


Onak duri kehidupan
Jatuh bangun sendirian
Ada hikmah yang tersimpan
Yang menguji iman


Bersyukurlah selalu
Sentiasalah redha dan menerima
Tiap ujian tiba bukan diminta
Sebaliknya Allah Maha Mengetahui


Kan ku bertasbih selalu
Bertahmid berzikir padaMu
Sebagai tanda ku nilai 
RahmatMu Tuhan


Aku bersyukur Ya Allah
Segala pemberianMu pada ku
Seluas lautan pun bukanlah jadi ukurannya
Memang tiada bandingan
Segalanya yang ku kecapi
Adalah milikMu Ilahi -Tuhan Maha Permurah-
Bukan miliku pinjaman sementara
Syukur Alhamdulillah


Sesungguhnya solatku,
Amalku, hidupku, matiku
Kerna Allah yang satu
Kuserahkan segala harta jiwa dan raga
Sebagai tanda cinta
KepadaMu Yang Esa

Wednesday, March 14, 2012

13 ALASAN TIPIKAL WANITA YANG ENGGAN MENUTUP AURAT

‎(¯`v´¯)
`•.¸.•´`•.¸.¸¸.•**•.¸¸❤`•.¸.¸¸.•*❤ ¸¸.•*¨*•♫♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥

•*""*•.¸❤❤¸.•*"*•.¸❤ ❤¸.•*" "*•.¸❤❤¸.•*" "*•.¸❤ ❤¸.•*" "*•.¸❤

Pernah nasihat atau tegur kawan-kawan anda yang tidak menutup aurat? Jom kita tengok apakah alasan yang selalu digunakan wanita yang enggan menutup aurat apabila ditegur kesalahan mereka itu. Dan apa jawapan yang mungkin sesuai untuk mereka.??~~~>

•*""*•.¸❤❤¸.•*"*•.¸❤ ❤¸.•*" "*•.¸❤❤¸.•*" "*•.¸❤ ❤¸.•*" "*•.¸❤

1. Semua yang tutup aurat, confirm masuk syurga ke?

-Yang pasti, kalau tak tutup aurat, confirm masuk NERAKA..Nauzubillah

•*""*•.¸❤❤¸.•*"*•.¸❤ ❤¸.•*" "*•.¸❤❤¸.•*" "*•.¸❤ ❤¸.•*" "*•.¸❤

2. Tudung labuh pun macam baik sangat. Buat dosa jugak. Mengumpat orang.

-Bila Iblis tak mahu ikut perintah Allah untuk bersujud kepada Adam, dia menyalahkan perintah Allah itu. "Apahal pulak aku kena sujud, aku lebih baik dan mulia". Samalah seperti tudung. Tudung pula yang disalahkan, " pakai tudung tak mestinya baik..bla...bla...bla..."

•*""*•.¸❤❤¸.•*"*•.¸❤ ❤¸.•*" "*•.¸❤❤¸.•*" "*•.¸❤ ❤¸.•*" "*•.¸❤

3. Macamlah kau bagus sangat nak tegur aku. Kau dulu lagi jahat nak mampos.

-Tidak tersabit larangan dari Nabi untuk seseorang yang bahkan baru masuk Islam untuk pergi berdakwah kepada kaumnya. Maksudnya, dakwah itu tuntutan. Selagi kau Islam, dakwah tu wajib walaupun kau sendiri tak berapa betul. Sekurang-kurang dia insaf dan bertaubat sekarang.

•*""*•.¸❤❤¸.•*"*•.¸❤ ❤¸.•*" "*•.¸❤❤¸.•*" "*•.¸❤ ❤¸.•*" "*•.¸❤

4. Walau kami pakai seksi tapi hati kami baik.

-Adakah kau mendakwa diri kau mempunyai hati yang suci, iman yang tinggi dan kononnya ia sudah cukup menjamin maruah diri kau tanpa perlu menutup aurat?

•*""*•.¸❤❤¸.•*"*•.¸❤ ❤¸.•*" "*•.¸❤❤¸.•*" "*•.¸❤ ❤¸.•*" "*•.¸❤

5. Pakai jarang ke ketat ke, itu hak kami. Kalau tak suka jangan tengok.

-Adakah kau berani menjamin bahawa semua lelaki ajnabi mempunyai hati suci dan iman yang tinggi untuk menahan godaan syaitan serta nafsu yang membuak-buak?

•*""*•.¸❤❤¸.•*"*•.¸❤ ❤¸.•*" "*•.¸❤❤¸.•*" "*•.¸❤ ❤¸.•*" "*•.¸❤

6. Kami rasa apa yang kami pakai tak seksi. Terpulang kepada individu yang memandang kami.

-Seksi atau tidak, kau tetap berdosa walaupun hanya menayang sehelai rambut kau.

•*""*•.¸❤❤¸.•*"*•.¸❤ ❤¸.•*" "*•.¸❤❤¸.•*" "*•.¸❤ ❤¸.•*" "*•.¸❤

7. Walau kami tak bertudung, kami tetap solat dan puasa.

-Apakah ibadat kau diterima? Kau yakin cuma dengan berpuasa sudah cukup untuk menjamin kau masuk syurga?

•*""*•.¸❤❤¸.•*"*•.¸❤ ❤¸.•*" "*•.¸❤❤¸.•*" "*•.¸❤ ❤¸.•*" "*•.¸❤

8. Suka hati kamilah nak pakai macam ni. Kami tak susahkan hidup orang lain.

-Kau sebenarnya dah susahkan bapa, abang, adik, suami serta orang lain dengan menarik mereka ke neraka bersama kau disebabkan mereka tidak menegur dan gagal mendidik kau.

•*""*•.¸❤❤¸.•*"*•.¸❤ ❤¸.•*" "*•.¸❤❤¸.•*" "*•.¸❤ ❤¸.•*" "*•.¸❤

9. Apa yang kami pakai, ini antara kami dengan ALLAH.

-Berani cakap di dunia, berani ke kau cakap macam tu depan Allah nanti? Lawan perintah Allah, Neraka tempatnya.

•*""*•.¸❤❤¸.•*"*•.¸❤ ❤¸.•*" "*•.¸❤❤¸.•*" "*•.¸❤ ❤¸.•*" "*•.¸❤

10. Kami pakai seksi macam ni, sebab ikut arahan photographer/pengarah filem untuk disesuaikan dalam scene. (ayat artis)

-Sanggup patuh arahan mereka daripada patuh suruhan Allah?

•*""*•.¸❤❤¸.•*"*•.¸❤ ❤¸.•*" "*•.¸❤❤¸.•*" "*•.¸❤ ❤¸.•*" "*•.¸❤

11. Bukan kami tak mahu menutup aurat, cuma masih belum sampai seru.

-Mati tidak mengenal usia. Tak takut ke mati dalam usia muda? Tak sempat nak bertaubat nanti.

•*""*•.¸❤❤¸.•*"*•.¸❤ ❤¸.•*" "*•.¸❤❤¸.•*" "*•.¸❤ ❤¸.•*" "*•.¸❤

12. Takkan nak buat perubahan secara drastik? Slow-slow la..

-Boleh ke cakap kat Malaikat Izrail nanti, tunggu kejap! Lepak la dulu. Jangan ambil lagi nyawa aku.

•*""*•.¸❤❤¸.•*"*•.¸❤ ❤¸.•*" "*•.¸❤❤¸.•*" "*•.¸❤ ❤¸.•*" "*•.¸❤

13. Tutup aurat tu bagus tapi kami tidak mahu hipokrit kerana tidak ikhlas melakukannya.

-Kalau begitu kau sebenarnya memang hipokrit kerana tidak ikhlas beragama Islam.“Wahai wanita, setiap ciptaan tuhan yang berharga di dunia ini akan terlindung dan amat sukar untuk diperolehi. Di mana kamu boleh dapatkan permata? Tertanam jauh di perut bumi, tertudung dan dilindungi. Dimana kamu jumpa Mutiara? Terbenam jauh di dalam lautan, tertudung dan dilindungi oleh kulit kerang yang cantik. Di mana kamu cari emas? Terperosok di lapisan bumi tertudung dengan lapisan demi lapisan tanah dan batu. Tubuh kamu adalah suci malah lebih berharga daripada emas mahupun permata. Oleh itu kamu juga perlu bertudung dan melindungi diri kamu.”

•*""*•.¸❤❤¸.•*"*•.¸❤ ❤¸.•*" "*•.¸❤❤¸.•*" "*•.¸❤ ❤¸.•*" "*•.¸❤

Doa yang diterima

DOA yang tidak akan ditolak ALLAH terletak pada SOLAT TAHAJUD dan SOLAT SUNAT HAJAT 12 RAKAAT.....

DOA yang tidak akan ditolak ALLAH SWT ialah Solat Sunat Hajat 12 rakaat. Dilakukan solat sunat hajat 2 rakaat sebanyak 6 kali sehingga GENAP 12 rakaat. Dilakukan selepas jam 12 malam. Dilarang menggunakan pada jalan yang salah.

Niat: Sahaja aku sembahyang sunat hajat 2 rakaat kerana ALLAH TA'ALA.

Pada rakaat pertama, bacalah:
1) Surah Al fatihah
2) Ayatul Qursi (1x)
3) Surah al ikhlas (1x)

Pada rakaat kedua, bacalah:
1) Surah Al fatihah
2) Ayatul Qursi (1x)
3) Surah al ikhlas (1x)

Setelah selesai genap 2 rakaat, sujud semula dan bacalah :
1) Maha Suci ALLAH yang memakai akan kemuliaan dan berfirman dengan DIA
2) Maha Suci ALLAH yang bersifat dengan kebesaran dan kemurahan
3) Maha Suci ALLAH yang menghinggakan bilangan tiap-tiap sesuatu dengan ilmuNya
4) Maha Suci ALLAH yang tiada sayugialah bertasbih selain untukNya
5) Maha Suci ALLAH yang mempunyai nikmat dan kurnia
6) Maha Suci ALLAH yang mempunyai kebesaran dan kemuliaan
7) Maha Suci ALLAH yang mempunyai kebesaran dan kekuasaan
8) Aku memohon dengan Engkau Ya ALLAH, dengan segala tempat kemuliaan dari ArashMu, dengan segala rahmat yang setingginya dari kitabMu, dengan namaMu yang Maha Agung. KesungguhanMu yang Maha Tinggi dan kalimat-kalimatMu yang sempurna lagi dilengkapi, yang tidak melampaui oleh orang yang berbuat kebajikan dan yang berbuat kejahatan.

Ya ALLAH, anugerahkan Rahmat kepada Nabi Muhammad SAW dan kepada keluarganya. Dengan SYAFAAT beliau ini ya Allah, kurniakanlah hajat ini Ya Allah....
(sebutkanlah hajat di dalam HATI dengan penuh pengharapan daripada ALLAH SWT)

P/s: Jangan pernah berputus asa dalam berdoa kepada ALLAH SWT kerana antara TANDA-TANDA DOA seseorang itu akan dimakbulkan ALLAH SWT ialah apabila seseorang itu memohon kepada ALLAH SWT dengan DOA yang DIULANG, DIULANG, DIULANG dan DIULANG dengan BANYAK kali serta DOA yang dipohon secara BERTERUSAN daripada hamba kepada penciptaNya.....

So, START daripada sekarang, kalau berhajatkan ISTERI /SUAMI yang SOLEH / SOLEHAH ke, berhajatkan KEJAYAAN dalam hidup ke, mahukan KESIHATAN yang baik sepanjang hayat ke, jom kita BERTERUSAN berdoa kepada ALLAH daripada sekarang... JOM ! Allahualam..